Bermula 29 Mac 2023, Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak telah pun memulakan rutin di awal pagi dengan aktiviti bacaan 5 minit di awal pagi seusai murid hadir ke sekolah. Pengawas Pusat Sumber ditugaskan untuk membawa buku-buku dan mengawasi setiap kelas ketika sesi bacaan buku selama 5 minit berlangsung. Aktiviti ini adalah salah satu cara untuk membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan minat membaca yang berterusan. (avid reader).
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.
- Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
- Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.