Kejohanan
Pembangunan Merentas Desa MSSD Daro telah
pun berlangsung dan melabuhkan tirainya pada 1 Februari 2024. Kejohanan yang
telah disertai oleh 32 buah sekolah dalam PPD Matu-Daro tersebut telah
menyaksikan seramai 136 orang atlet lelaki dan 126 orang atlet perempuan
mengambil bahagian dalam kategori masing-masing.
Sekali
lagi atlet SK Kg Betanak di bawah bimbingan ketua jurulatih, Cikgu Mohammed
Hafiq bin Yakub telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di mana SK Kg Betanak
telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Pembangunan Merentas
Desa MSSD Daro bagi sesi 2023/2024 setelah berjaya mendapat Naib Juara bagi
Kategori Berkumpulan Lelaki 11 Tahun ke bawah & Naib Juara bagi Kategori
Berkumpulan Perempuan 11 Tahun ke bawah. Lebih manis, seorang atlet lelaki,
iaitu adik Nor Iman bin Rajaee yang telah mendapat Naib Johan dan
seorang atlet perempuan, adik Nurul Zetty Nazuha binti Abdullah yang
mendapat tempat ke-3 akan terus membawa cabaran ke Kejohanan Merentas Desa
Peringkat Bahagian Mukah nanti.
Terima kasih buat
semua yang mendoakan kejayaan mereka. Terima kasih dan tahniah juga buat team
BeGeLam Runner yang menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa kejohanan
berlangsung. Terima kasih buat yang menyokong secara langsung mahupun tidak
langsung
1 |
MOHAMAD NOR IMAN BIN RAJAEE |
2 |
MOHAMAD ARASH BIN BOLDAN |
3 |
MUHAMMAD AFIQ IQWAN BIN MOHD KIPLI |
4 |
MUHAMMAD RAZIF BIN RAZIS |
5 |
MOHAMMAD ASHRAF BIN BOLDAN |
6 |
MOHAMAD HAZIQ AZIZI BIN ABDULLAH |
7 |
KHAIRUL ASHRAF BIN KAMARUL ARIFFIN |
8 |
NURUL ZETTY NAZUHA BINTI ABDULLAH |
9 |
NUR QALESYA BINTI DZULMAHARI |
10 |
FITRI NAJWA BINTI AZMAN |
11 |
NUR RIYANA QAMISHA BINTI BUSTAMI |
12 |
ZULIANA BINTI KEMEDANJAYA |