Pada 21 November 2023, telah diadakan sukaneka bagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Betanak.
- Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
- Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti
- Memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat
- Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.
- Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama dan kesepakatan dalam satu pasukan