Unit Perpustakaan dan Media SK Kampung Betanak amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Daro kerana telah memilih SKBE di antara 6 buah sekolah yang terpilih menjalani uji Rintis Perekodan Perolehan Buku Pusat Sumber. Seperti sedia maklum, untuk memiliki sistem yang manpu untuk menyimpan perekodan Pusat Sumber perlu megeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar kerana sistem ini menelan kos untuk penyimpanan data awan.
Portal Pengurusan Sumber Pendidikan ini menyimpan rekod nombor perolehan buku, data Guru Perpustakaan dan Media dan akan menyusul perekodan untuk NILAM. Pihak SKBE menyambut baik apa jua kaedah digital yang lebih bersistematik dan mesra pengguna.