1)NAMA PROGRAM / INTERVENSI:
PROGRAM MRSM DI HATIKU
2)TARIKH / HARI PELAKSANAAN:
27&28 OKTOBER 2023/ JUMAAT &SABTU
3)KUMPULAN SASARAN:
MURID-MURID TAHUN 6 SK KG BETANAK
4)ANJURAN:
MRSM MUKAH BERSAMA YAYASAN PELAJARAN MARA
5)PENGISIAN PROGRAM:
6) GAMBAR DAN VIDEO
Telah berlangsung Majlis Perasmian MRSM Di Hati @MRSM Mukah dan Penyerahan Bantuan Persekolahan YPM kepada semua para peserta terdiri daripada 113 orang pelajar B40 daripada 6 buah sekolah iaitu SK Kg. Bruit, SK Kg. Tekajong, SK Kg. Penibong, SK Kg. Penipah, SK Kg. Salah Kechil dan SK Kg. Betanak.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM diiringi En. Abdul Munap bin Tahir, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sarawak, Puan Zuraida Binti Zaidi, Pengetua MRSM Mukah, Puan Nora Binti Salem, PPD Daro, Encik Banyuk bin Muhi, Ketua Zon Tanjung Sirik Merangkap Guru Besar SK Kg. Salah Kechil dan Tuan Haji Shuib bin Basnu, Penghulu Kg. Tekajong. Turut sama hadir adalah Guru Besar setiap sekolah, guru pengiring, guru MRSM Mukah, Pegawai dari MARA Negeri Sarawak, YPM, fasilitator serta para Ibu bapa.
Para peserta, ibu bapa dan guru-guru amat menyambut baik program sebegini kerana dapat memberi peluang kepada pelajar mengikuti aktiviti berkumpulan yang menarik dalam usaha mencungkil potensi diri dan keluar dari kebiasaan yang modulnya dilaksanakan oleh fasilitator dalam kalangan pelajar dan guru MRSM. Pelajar juga diberikan pendedahan mengenai UKKM dan kehidupan di MRSM. Selain itu, Encik Faisalludin turut memberikan suntikan semangat kepada para pelajar di dalam ucapan perasmiannya menjadikan majlis menjadi semakin meriah dan pelajar dan ibu bapa lebih bersemangat.
Terima kasih MRSM Mukah dan semua yang menjayakan program pada kali ini.